Posts

Showing posts from June, 2022

Jurnal week 10: Sambungan Sompoton

Image
JURNAL OF THE DAY =] ⌈week 10, june 20⌋ Seperti kebiasaannya, kami pergi ke bilik muzik untuk kelas Performing Arts (Music) pada minggu kali ini. Cikgu menyambung penerangan tentang sompoton seperti cara bermainnya. Cikgu juga mengingatkan kami untuk menghantar tugasan minggu sebelum ini, iaitu, slide tentang bahagian alat-alat muzik Ghazal seperti  Peti Harmonium dan Tabla. Kemudian cikgu menyambung penerangan tentang Sape@Sapeh yang merupakan alat muzik yang dimainkan di Sarawak. Cikgu Noel memaparkan video " Asia's Got Talent" yang menunjukkan sebuah kumpulan yang menggunakan alat muzik tradisional seperti Sape dan alat muzik moden, Gitar. Mereka menggabungkannya dengan sebaik dan harmoni yang boleh. Alat muzik Sape@Sapeh IB Learner Profile yang diterapkan ; Inquirers: Menanyakan soalan apabila tidak memahami sesuatu perkara. Open-minded: Menerima ilmu baharu. Communicators: Berlakunya komunikasi diantara guru dan pelajar. ATL Skills ; Thinking skills: Memikirkan cara

Jurnal week 9: Ujian Tarian Sumazau

Image
JURNAL OF THE DAY (p≧w≦q) ⌈week 9, june 13 ⌋ Untuk kelas kali ini, kelas kami akan mengambil ujian Tarian Sumazau sebagai penambahan markah. 10% akan ditambah dalam hasil ujian kami bagi semester seterusnya. Cikgu Elven membahagikan kami kepada beberapa kumpulan agar mudah dipantau ketika ujian. Cikgu juga telah menanyakan satu soalan kepada setiap pelajar mengikut kumpulan. Antara soalan yang ditanyakan adalah seperti maksud Tarian Sumazau, dimanakah asalnya, kaum yang menarikannya, bilakah dipertarikan dan berbagai lagi. Kami diarahkan untuk mengikut rentak muzik dan menghayatinya ketika menarikan Tarian Sumazau kerana ianya erupakan aspek markah. ilustrasi peperiksaan IB Learner Profile yang diterapkan ; Balanced: Mengimbangkan badan ketika ujian. Open-minded: Menerima hasil ujian dengan redha. ATL Skills ; Self management skills: Memastikan diri dapat mengikuti setiap rentak dengan tepat

Jurnal Week 8: Alat Muzik Tradisional Sabah dan Sarawak

Image
  JURNAL OF THE DAY👈(゚ヮ゚👈) ⌈week 8⌋ Pada kelas kali ini, Cikgu Elven menayangkan tayangan video terlebih dahulu. Ianya tentang "Cara Pembuatan Sompoton" dan "Cara Memainkan Sompoton". Video yang ditayangkan amatlah menarik kerana kami dapat melihat budaya etnik lain! Ini dapat meningkatkan ilmu kami tentang etnik peribumi yang lain. Sompoton yang diperkenalkan melalui video itu mempunyai bunyi yang halus dan merdu sekali apabila dimainkan. Peralatan muzik ini merupakan salah satu alat muzik yang menggunakan tiupan untuk menghasilkan bunyi. Ini menyebabkan Sompoton dikategorikan sebagai erofon. Bahan utama bagi alatan ini pula adalah buluh halus iaitu B uluh Sumbiling. Sompoton di kiri dan Seruling di kanan IB Learner Profile yang diterapkan ; Communicators: Pelajar menanyakan soalan apabila tidak faham. Open-minded: Menerima dan mempelajari tentang alat muzik etnik peribumi yang lain. Knowledgeable: Mendapat ilmu yang baharu ataupun lebih mendalam. ATL Skills ; Co

Jurnal Week 8: Gerakan Sumazau

Image
  JURNAL OF THE DAY (☆▽☆) ⌈week 8, may 29⌋ Kelas dimulakan dengan memanaskan badan mengikut langkah-langkah minggu ke-5. Selain itu, cikgu juga telah menjumpai pemangkis untuk kelas kami. Setelah beberapa cubaan pemangkis keatas pelajar-pelajar lelaki kelas kami, akhirnya Afiq dipilih! Pelajar-pelajar lain pon mengucapkan tahniah kepada si terpilih XD Ini merupakan persediaan untuk latihan Tarian Sumazau berikutnya. Pemangkis dipertanggungjawabkan untuk mengetuai latihan kami pada kali ini. ilustrasi Tarian Sumazau IB Learner Profile yang diterapkan ; Communicators: Berlakunya sesi berkomunikasi diantara pelajar dan guru. Open-minded: Menerima dan mempelajari pergerakan baharu. Risk-takers: Mencuba perkara baharu yang kebiasaannya tidak dilakukan seperti tarian. ATL Skills ; Communication: Komunikasi antara guru dan pelajar. Self-management: Mendengar dan mengikut rentak dan irama dengan sekata bagi menjayakan latihan.

Jurnal Week 7: Muzik Tradisional Malaysia (Ghazal)

Image
  JURNAL OF THE DAY :-D ⌈week 7, may 19⌋ Di bilik muzik, Cikgu menerangkan serba sedikit tentang Muzik Ghazal (Johor) dengan menggunakan projektor dan slide. Cikgu Noel memaparkan video Muzik Ghazal yang dimainkan oleh kumpulan Ghazal Seri Melati. Ini merupakan link bagi video tersebut  https://youtu.be/Li5ZECE7tTQ . Saya berpendapat bahawa muzik yang dimainkan amatlah menarik dan mempersonakan! Saya berharap dapat mempelajari tajuk ini dengan lebih mendalam lagi :) contoh kumpulan Ghazal IB Learner Profile yang diterapkan ; Communicators: Berlakunya sesi soal dan jawab bersama rakan dan guru. Open-minded: Menerima ilmu baharu daripada guru Inquiries: Menanyakan soalan kepada guru apabila tidak faham dan sebagainya. ATL Skills ; Communication: Menanyakan guru soalan. Thinking skills: Memikirkan tentang cara bermain alatan muzik Ghazal dan sebagainya.

Jurnal Week 6: Presentation. AGAIN!! q(≧▽≦q)

Image
JURNAL OF THE DAY :O ⌈week 6, april 25⌋ Di kelas kali ini, Cikgu mengarahkan kelas kami untuk menyambungi pembentangan. Elemen yang dipersembahkan pada kali ini adalah dari kumpulan tekstur, warna ton dan ekspresi muzik. Setiap kumpulan mempersembahkan pembentangan mengikut idea dan kreativiti masing-masing. Berlakunya juga pertukaran idea diantara pelajar dan guru agar dapat memahami elemen-elemen ini dengan lebih terperinci dan mendalam. Cikgu juga mengingatkan kami untuk mengulangkaji dan hadamkan subtopik ini kerana ianya merupakan topik yang akan keluar pada hari peperiksaan. IB Learner Profile yang diterapkan ; Communicators: Berlakunya sesi soal dan jawab bersama rakan dan guru. Open-minded: Menerima sebarang idea daripada rakan-rakan termasuklah guru. Risk-takers: Membentangkan hasil pembentangan dihadapan satu kelas. ATL Skills ; Communication: Menjawab soalan dan membentangkan hasil kerja. Thinking skills: Menjawab pertanyaan dengan jawapan yang relevan setelah melakukan pelb

Jurnal Week 5: Warm-Up Session(〃` 3′〃)

Image
JURNAL OF THE DAY (´▽`ʃ♡ƪ) ⌈week 5⌋ Pada kelas kali ini, cikgu mengarahkan kami melakukan latihan warm-up atau memanaskan badan sebelum mempelajari Tarian Sumazau. Ini bagi membetulkan postur badan kami dan salah satu persediaan agar badan kami tidak tercedera apabila tarian dijalankan dan dilaksanakan. Cikgu memulakan aktiviti pemanasan badan ini dengan dimulai kaki sehinggalah kepala dan diakhiri dengan tangan. Aspek ini amatlah penting  kerana tarian yang akan dilakukan oleh kami menggunakan otot tangan, leher dan kaki yang kuat. ilustrasi pemanasan badan Langkah-langkah pemanasan badan Cikgu Elven ( •̀ .̫ •́ )✧ - berdiri tegak, kaki dan bahu selari. - bend - ankle up and down - duduk dan pusingkan kepala bermula dari kanan ke kiri  -pusingkan kepala ke belakang dan hadapan pula - hayun bahu (blkg and dpn) - drop and down   - tangan kanan ke kiri - tangan buat pergerakan  curve and arch bounce  - tangan buat pergerakan "senduk" - tangan buat pergerakan &q