Jurnal week 10: Sambungan Sompoton

JURNAL OF THE DAY =]

⌈week 10, june 20⌋

Seperti kebiasaannya, kami pergi ke bilik muzik untuk kelas Performing Arts (Music) pada minggu kali ini. Cikgu menyambung penerangan tentang sompoton seperti cara bermainnya. Cikgu juga mengingatkan kami untuk menghantar tugasan minggu sebelum ini, iaitu, slide tentang bahagian alat-alat muzik Ghazal seperti Peti Harmonium dan Tabla. Kemudian cikgu menyambung penerangan tentang Sape@Sapeh yang merupakan alat muzik yang dimainkan di Sarawak. Cikgu Noel memaparkan video "Asia's Got Talent" yang menunjukkan sebuah kumpulan yang menggunakan alat muzik tradisional seperti Sape dan alat muzik moden, Gitar. Mereka menggabungkannya dengan sebaik dan harmoni yang boleh.

Alat muzik Sape@Sapeh

IB Learner Profile yang diterapkan ;

Inquirers: Menanyakan soalan apabila tidak memahami sesuatu perkara.

Open-minded: Menerima ilmu baharu.

Communicators: Berlakunya komunikasi diantara guru dan pelajar.

ATL Skills ;

Thinking skills: Memikirkan cara bermain dan bunyi alatan muzik yang dinyatakan terbentuk.
Communication skills: Memberi respon terhadap guru apabila ditanyakan soalan.







Comments