Jurnal Week 8: Alat Muzik Tradisional Sabah dan Sarawak

 

JURNAL OF THE DAY👈(゚ヮ゚👈)

⌈week 8⌋

Pada kelas kali ini, Cikgu Elven menayangkan tayangan video terlebih dahulu. Ianya tentang "Cara Pembuatan Sompoton" dan "Cara Memainkan Sompoton". Video yang ditayangkan amatlah menarik kerana kami dapat melihat budaya etnik lain! Ini dapat meningkatkan ilmu kami tentang etnik peribumi yang lain. Sompoton yang diperkenalkan melalui video itu mempunyai bunyi yang halus dan merdu sekali apabila dimainkan. Peralatan muzik ini merupakan salah satu alat muzik yang menggunakan tiupan untuk menghasilkan bunyi. Ini menyebabkan Sompoton dikategorikan sebagai erofon. Bahan utama bagi alatan ini pula adalah buluh halus iaitu Buluh Sumbiling.

Sompoton di kiri dan Seruling di kanan

IB Learner Profile yang diterapkan ;

Communicators: Pelajar menanyakan soalan apabila tidak faham.

Open-minded: Menerima dan mempelajari tentang alat muzik etnik peribumi yang lain.

Knowledgeable: Mendapat ilmu yang baharu ataupun lebih mendalam.

ATL Skills ;

Communication: Komunikasi antara guru dan pelajar.
Research: Mencari maklumat tentang Sompoton agar lebih memahami subtopik ini.

Comments