Jurnal week 9: Ujian Tarian Sumazau


JURNAL OF THE DAY (p≧w≦q)

⌈week 9, june 13 ⌋

Untuk kelas kali ini, kelas kami akan mengambil ujian Tarian Sumazau sebagai penambahan markah. 10% akan ditambah dalam hasil ujian kami bagi semester seterusnya. Cikgu Elven membahagikan kami kepada beberapa kumpulan agar mudah dipantau ketika ujian. Cikgu juga telah menanyakan satu soalan kepada setiap pelajar mengikut kumpulan. Antara soalan yang ditanyakan adalah seperti maksud Tarian Sumazau, dimanakah asalnya, kaum yang menarikannya, bilakah dipertarikan dan berbagai lagi. Kami diarahkan untuk mengikut rentak muzik dan menghayatinya ketika menarikan Tarian Sumazau kerana ianya erupakan aspek markah.

ilustrasi peperiksaan

IB Learner Profile yang diterapkan ;

Balanced: Mengimbangkan badan ketika ujian.

Open-minded: Menerima hasil ujian dengan redha.

ATL Skills ;

Self management skills: Memastikan diri dapat mengikuti setiap rentak dengan tepat

Comments