Jurnal Week 10: Sumazau Dance and Performance Assessment as Reflect

JURNAL OF THE DAYᓚᘏᗢ

⌈week 10, june 23⌋

Kelas dimulakan dengan regangan badan yang merupakan rutin kami sebelum memulakan latihan Tarian Sumazau. Pada hari ini Cikgu Elven mengajarkan beberapa pergerakan baharu seperti mendepankan sebelah lutut lalu enjut disertai dengan pergerakan naik dan turun tangan seperti mengepakkan sayap seakan burung. Kami mendengar dan menghayati melodi, rentak dan irama lagu yang dibuka oleh cikgu agar berlakunya keseragaman diantara kami sekelas. Di akhir pembelajaran, cikgu mengarahkan kami melantik seorang pereka koreografi dan kami akhirnya memilih Raeesa untuk memegang jawatan yang penting ini. Ini kerana cikgu menyatakan yang kami akan menerima tugasan persembahan Tarian Sumazau sebagai projek kami bagi tahun ini.

Sumazau showcase

IB Learner Profile yang diterapkan ;

Inquirers: Menanyakan soalan apabila tidak memahami sesuatu perkara.

Open-minded: Menerima pembelajaran pergerakan tarian baharu.

Communicators: Guru dan pelajar berkomunikasi.

ATL Skills ;

Thinking skills: Memikirkan cara menari dengan tepat.
Communication skills: Berlakunya soal jawab bersama guru dan pelajar.


Comments

Popular posts from this blog

Jurnal Week 7: Muzik Tradisional Malaysia (Ghazal)