Theatre: Improvement in character🎬⭕

 JURNAL OF THE DAY〒▽〒

⌈october, 3⌋


Subtopik baharu untuk kelas kali ini !! Topik "IMPROVISASI WATAK" menjadi topik perbualan bagi subjek P.arts (teater) pada kali ini. Improvisasi memberikan ruang kepada pelakon untuk berimaginasi menggunakan bahan sumber yang disediakan seperti ;

→ rangka cerita
→ objek
→ bunyi
→ gambar foto
→ watak
 
Selepas memahami serba sedikit tentang topik baharu ini, cikgu mengarahkan kami untuk berlakon yang kemudiannya dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kami akan bergilir-gilir melakukan 3 cara improvisasi yang berbeza. Cikgu juga ada memberi tips bagi setiap kumpulan yang akan berlakon menggunakan improvisasi berdasarkan NARRATOR iaitu narrator memainkan peranan dari segi nada suara dan idea bagi mengwujudkan matlamat, halangan dan aksi disebabkan aktiviti kami pada kali ini adalah spontan. Bagi improvisasian dari segi bunyi pula cikgu mengatakan yang mimik muka dan perlakukan perlulah bersesuaian dengan muzik yang dimainkan.

IB Learner Profile;

Communicators: Komunikasi diantara guru dan pelajar.
Risk-Takers: Pelajar-pelajar berlakon dihadapan kelas.
Open-Minded : Berlakon dengan hati yang terbuka.


ATL SKILLS;

Communication: Komunikasi antara guru dan pelajar.
Thinking: Pemikiran kritikal ketika berlakon secara spontan.


Comments

Popular posts from this blog

Jurnal Week 7: Muzik Tradisional Malaysia (Ghazal)