Theatre: Sinografi dan Apresiasi Teater ✪ ω ✪

  JURNAL OF THE DAY🎥✨

⌈ january, 2⌋

2 Januari 2023, bermulalah tahun baharu⭐ Untuk kelas kami ini, Cikgu Elven menyuruh kelas kami untuk meneruskan pembentangan. Kali ini merupakan pembentangan bagi unit 3 iaitu Sinografi. Kumpulan perempuan yang pertama mebentangkan tajuk pada kali ini. Kumpulan mereka menggunakan slide dan juga sedikit aktiviti fizikal. Setelah kumpulan mereka membentangkan slide dalam lingkungan 10 ke 12 minit, kumpulan saya pula yang akan meneruskan pembentangan. Kumpulan saya merupakan kumpulan terakhir yang akan membentangkan unit ke-4 iaitu Apresiasi Teater. Kami pada awalnya telah menjelaskan beberapa contoh, maksud dan perbezaan Teater Makyung dan Teater Realisme. Setelah beberapa minit pembentangan kami mengakhiri kelas dan pembentangan dengan video Teater Makyung bagi memberi pengalaman menonton makyung kepada penonton secara virtual.

IB Learner Profile;

Communicator: Berlaku interaksi antara pembentang dan penonton
Inquirers: Pelajar(penonton) ingin mempelajari apa itu makyung kerana ianya menarik
Open-minded: Menerima ilmu baharu tentang teater

ATL SKILLS;

Research: Kami(pembentang) mencari fakta yang mendalam dan menarik untuk para pelajar
Communication: Soal jawab diantara cikgu, pembentang dan pelajar
Thinking: Memikirkan bagaimana mahu menerapkan ilmu yang diajar untuk podcast yang akan datang

Comments

Popular posts from this blog

Jurnal Week 7: Muzik Tradisional Malaysia (Ghazal)