Jurnal Week 3: Tarian Rakyat Malaysia

 JURNAL OF THE DAY ( •̀ .̫ •́ )✧

⌈week 3, april 11⌋

Kali ini kelas kami merupakan subjek teater dan tarian, yang diajari oleh Cikgu Elven. Cikgu menerangkan tentang Tarian-Tarian Rakyat Malaysia seperti Rejang Be'uh, Tarian Sumazau dan sebagainya. Mengikut penelitian saya,cikgu banyak menekankan tentang Tarian Sumazau kerana ianya merupakan persembahan yang perlu kami lakukan untuk semester tahun ini. Diterangkan lebih mendalam oleh cikgu tentang asal-usul tarian ini, gerakan-gerakannya juga cikgu memaparkan sebuah video khas tentang persembahan Tarian Sumazau. Pergerakannya amatlah elegen dan lemah lembut sekali.


Gambar Tarian Sumazau

IB Learner Profile yang diterapkan ;

Communicators: Berlakunya sesi soal dan jawab bersama guru.

Open-minded: Menerima sesuatu adat atau budaya dengan hati dan fikiran yang terbuka.

ATL Skills ;

Communication: Menanyakan soalan dan memberikan pendapat terhadap cikgu.

Comments

Popular posts from this blog

Jurnal Week 7: Muzik Tradisional Malaysia (Ghazal)