Jurnal week 1 - 27/3/2022

Merupakan hari pertama dan terakhir belajar dengan cikgu secara online pada tahun 2022 ini. Seperti biasa, kelas kami dimulai dengan pengambilan kehadiran kelas 2S dan 2Y oleh Cikgu Noel untuk merekodkan kehadiran pada hari Ahad ini. Setelah selesai, cikgu menyatakan yang cikgu akan menerangkan serba sedikit aktiviti dan assessment sepanjang semester ini. Pada awalnya cikgu menerangkan tentang perkara yang wajib ditulis dalam jurnal seperti biasa iaitu IB Learner Profile dan ATL Skills. Kemudian diikuti dengan perkara yang kami perlu pelajari apabila naik maktab seperti mempelajari fakta dan cara bermain ukulele. Cikgu juga menggalakkan pelajar membeli ukulele untuk digunakan ketika di maktab. Tiada paksaan bagi yang tidak mampu membelinya. Di hujung pembelajaran Cikgu Noel mengarahkan kami untuk membuat jurnal secara online seperti yang telah dibaca oleh anda semua sekarang ini.

IB Learner Profile yang diterapkan;

1)Open minded:  Mencuba untuk melakukan perkara baharu iaitu membuat jurnal secara online dengan menggunakan blog.
2)Communicators: Berinteraksi dengan guru ketika sesi pembelajaran seperti menanyakan soalan.

ATL Skills

1)Communicaton skills: Pelajar menjawab persoalan guru dan menanyakan soalan apabila tidak faham.
2)Thinking skills: Memikirkan persedian untuk matapelajaran Muzik pada semester ini.

Comments

Popular posts from this blog

Theatre: Improvement in character🎬⭕

Jurnal Week 7: Muzik Tradisional Malaysia (Ghazal)

Theatre: Sinografi dan Apresiasi Teater ✪ ω ✪