Posts

Music: Terminologi Muzik 🎷🎹

Image
      JURNAL OF THE DAY/ᐠ。ꞈ。ᐟ\ ⌈ january, 3⌋ Kelas muzik, 3 Januari 2023, kelas dimulakan dengan menggunakan buku teks. Pada kelas k ami pada kali ini, kami akan belajar tentang istilah-istilah muzik. Kami belajar tentang dinamik dan tempo. Dinamik pada asasnya merupakan perubahan nada dalam muzik. Juga kami belajar tentang Pianissimo iaitu lembut dan Fiatissimo, kuat berserta "Fine, Accent, Tie dan Slur". Kami juga membuat latihan berdasarkan buku teks untuk memahami topik kali ini dengan lebih mendalam. Pada akhir kelas, Kami melakukan senaman pernafasan secara fizikal lalu menyanyikan lagu "Buktikan pada Dunia". IB Learner Profile; Communicator: Soal jawab diantara pelajar dan guru Open-minded: Menerima ilmu baharu tentang muzik ATL SKILLS; Communication: Pelajar menanyakan apa yang mereka tidak fahami kepada guru Social: Pelajar-pelajar dan guru bersama-sama menyanyikan lagu "Buktikan pada Dunia"

Theatre: Sinografi dan Apresiasi Teater ✪ ω ✪

Image
    JURNAL OF THE DAY🎥✨ ⌈ january, 2⌋ 2 Januari 2023, bermulalah tahun baharu⭐ Untuk kelas kami ini, Cikgu Elven menyuruh kelas kami untuk meneruskan pembentangan. Kali ini merupakan pembentangan bagi unit 3 iaitu Sinografi. Kumpulan perempuan yang pertama mebentangkan tajuk pada kali ini. Kumpulan mereka menggunakan slide dan juga sedikit aktiviti fizikal. Setelah kumpulan mereka membentangkan slide dalam lingkungan 10 ke 12 minit, kumpulan saya pula yang akan meneruskan pembentangan. Kumpulan saya merupakan kumpulan terakhir yang akan membentangkan unit ke-4 iaitu Apresiasi Teater. Kami pada awalnya telah menjelaskan beberapa contoh, maksud dan perbezaan Teater Makyung dan Teater Realisme. Setelah beberapa minit pembentangan kami mengakhiri kelas dan pembentangan dengan video Teater Makyung bagi memberi pengalaman menonton makyung kepada penonton secara virtual. IB Learner Profile; Communicator: Berlaku interaksi antara pembentang dan penonton Inquirers: Pelajar(penonton) ingin memp

Music: Apa itu meter?

Image
  JURNAL OF THE DAY(。・∀・)ノ゙ ⌈october, 21⌋ 21 Oktober 2022, kelas muzik bersama Cikgu Noel seperti biasa. Pada kelas kali ini, cikgu menerangkan tentang jenis-jenis meter kepada kami. Terdapat banyak jenis meter yang diajar oleh cikgu kepada kami, seperti Meter 3/4 dan Meter 4/4. Cikgu Noel ada menyatakan bahawa Meter 4/4 digunakan dalam kebanyakan lagu, iaitu 98% lagu yang dihasilkan di setiap negara menggunakannya. Selain itu, wujud juga meter yang lain. Contohnya 6/8, 5/4, 7/5, yang kurang digunakan di dalam sesebuah hasil muzik. Bagi mengakhii kelas, cikgu memberikan tugasan kepada kami iaitu latihan dan nota di dalam buku teks agar kami ingati apa yang diajar oleh cikgu ketika kelas. IB Learner Profile; Thinkers: Pelajar memikirkan apakah fungsi meter di dalam muzik Inquirers: Pelajar berasa ingin tahu tentang bagaimana meter digunakan dalam sesebuah hasil karya Reflective: Hasil pembelajaran dapat digunakan dalam memainkan sesuatu alat muzik  ATL SKILLS; Communication: Komunikasi

Teater: Skrip untuk dihasilkan

Image
        JURNAL OF THE DAY 📝 ⌈november, 14⌋ Pada hari ini, kelas kami menyambung pembentangan oleh kumpulan bagi topik kedua, iaitu penulisan skrip yang merupakan antara unsur yang penting untuk menghasilkan podcast teater pada tahun 2023 ini. Kumpulan yang membentangkan topik kali ini adalah kumpulan lelaki. Mereka menjelaskan topik kali ini dengan mudah difahami menggunakan bahan yang ada di sekeliling mengikut perspektif saya yang merupakan penonton. Kumpulan kali ini banyak melaksanakan praktikal berbanding hanya memberikan fakta sahaja. IB Learner Profile; Communicators: Komunikasi berlaku pabila pembentang dan penonton menyatakan fakta dan soalan. Thinkers: Penonton memikirkan idea untuk menulis skrip bagi pementasan yang akan datang berdasarkan ilmu yang diperoleh ketika pembentangan. Inquirers: Pelajar berasa tertanya-tanya untuk mengetahui isi kandungan topik.  ATL SKILLS; Communication: Komunikasi merangkumi dua pihak. Thinking: Memikirkan bagaimana pelajar boleh mengadaptasi

Music: Latihan Menepuk Mengikut Irama ♪👏

Image
      JURNAL OF THE DAY🍧 ⌈november, 8⌋ November 8, kelas muzik pada hari itu merupakan kelas bagi latihan tepuk tangan irama 1 hingga 6. Kami menepuk tangan mengikut latihan di dalam buku teks sambil didemonstrasikan oleh Cikgu Noel. Juga, cikgu mengumumkan siapa yang berani dan berjaya menepuk irama yang sukar dengan betul akan cikgu memberikan hadiah kepada pelajar tersebut. Penghujung kelas, cikgu mengarahkan kami menghantar video latihan menepuk secara berkumpulan di telegram sebagai latihan. IB Learner Profile; Communicators: Komunikasi di dalam kelas berlaku. Inquirers: Ingin belajar dengan lebih mendalam tentang teknik tepukan berirama. Open-minded: Pelajar dapat menerima subtopik yang lebih mencabar tentang muzik ATL SKILLS; Thinking: Memikirkan bagaimana pelajar boleh mengadaptasikan latihan dengan fasih Communication: Komunikasi antara guru dan pelajar

Theatre: Presantation, Blocking In Acting Series ↩

Image
    JURNAL OF THE DAY🌸 ⌈november, 7⌋ Kelas kami memulakan kelas dengan pembentangan yang telah cikgu beritahu minggu lepas yang kemudiannya dipersembahkan oleh kumpulan pertama yang bertajuk Blocking in Acting. Kumpulan ini menerangkan tentang ruang lakonan peribadi dan awam. Mereka juga menyediakan contoh serta situasi untuk tajuk mereka. Ianya bagi memudahkan penonton memahami dengan lebih mudah. Soalan juga diajukan oleh mereka terhadap kami. Di hujung kelas, setiap kumpulan diarahkan untuk membuat skrip bagi latihan topik kali ini. IB Learner Profile; Communicators: Berlakunya sesi berkomunikasi diantara pelajar dan guru. Open-minded: Penonton mampu menerima ilmu baharu tentang lakonan. Risk-Takers: Pelajar-pelajar menerangkan hasil pemahaman di depan orang ramai. ATL SKILLS; Communication: Terdapat komunikasi diantara guru dan pelajar. Thinking: Memikirkan bagaimana pelajar dapat menggunakan topik ini dalam lakonan.

Theatre: Sambungan presentation 📬📸

Image
    JURNAL OF THE DAY(✿◡‿◡) ⌈october, 31⌋ Kali ini kami masih belajar dengan Cikgu Elven yang mengajar bidang tarian dan teater bagi bidang performing arts ini. Cikgu mengarahkan kami menyambung pembentangan. Kumpulan saya merupakan kumpulan sambungan yang pertama membentangkan hasil carian kami. Kemudian diikuti kumpulan yang lain. Setelah selesai pembentangan dan kelas, cikgu memberikan kerja yang baharu. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut jantina. Kami perlu menjadi cikgu bagi beberapa minggu di dalam kelas dan cikgu akan meneliti. IB Learner Profile; Communicators: Berlakunya sesi berkomunikasi diantara pelajar dan guru. Open-minded: Menerima dan mempelajari ilmu baharu. Risk-Takers: Pelajar-pelajar menerangkan hasil latihan di khalayak ramai. ATL SKILLS; Communication: Komunikasi antara guru dan pelajar. Research: Dengan kebenaran guru, kami telah mengkaji tentang setiap kumpulan punya latihan di atas talian.