Posts

Showing posts from October, 2022

Theatre: Class with Sir Elven again!!

Image
  JURNAL OF THE DAY(≧∇≦)ノ ⌈october, 17⌋ Kelas pada kali ini diajar oleh cikgu teater kami, cikgu Elven mengarahkan kami untuk menyelesaikan latihan. Setiap kumpulan akan diberikan latihan-latihan yang berbeza. Kebanyakkan kami berada dalam kumpulan berempat. Kumpulan saya diarahkan untuk menyiapkan latihan yang ke 4. Setelah diberikan beberapa minit, pelajar-pelajar perlu melakonkan skrip yang diterima mengikut latihan yang diterima, malangnya tidak semua kumpulan sempat mempersembahkan hasil latihan mereka. Namun begitu, Cikgu Elven mengarahkan kumpulan yang belum membentangkan hasil latihan mereka pada kelas berikutnya. IB Learner Profile; Knowledgeable: Belajar tentang bidang lakonan dengan lebih mendalam. Communicators: Berlaku apabila pelajar dan guru saling bertukar pendapat. Risk-Takers: Pelajar-pelajar menerangkan hasil latihan di khalayak ramai. ATL SKILLS; Communication: Komunikasi antara guru dan pelajar. Research: Dengan kebenaran guru, kami telah mengkaji tentang setia...

Theatre: Improvement in character🎬⭕

Image
  JURNAL OF THE DAY〒▽〒 ⌈october, 3⌋ Subtopik baharu untuk kelas kali ini !! Topik "IMPROVISASI WATAK" menjadi topik perbualan bagi subjek P.arts (teater) pada kali ini. Improvisasi memberikan ruang kepada pelakon untuk berimaginasi menggunakan bahan sumber yang disediakan seperti ; → rangka cerita → objek → bunyi → gambar foto → watak   Selepas memahami serba sedikit tentang topik baharu ini, cikgu mengarahkan kami untuk berlakon yang kemudiannya dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kami akan bergilir-gilir melakukan 3 cara improvisasi yang berbeza. Cikgu juga ada memberi tips bagi setiap kumpulan yang akan berlakon menggunakan improvisasi berdasarkan NARRATOR iaitu narrator memainkan peranan dari segi nada suara dan idea bagi mengwujudkan matlamat, halangan dan aksi disebabkan aktiviti kami pada kali ini adalah spontan. Bagi improvisasian dari segi bunyi pula cikgu mengatakan yang mimik muka dan perlakukan perlulah bersesuaian dengan muzik yang dimainkan. IB Learner Profile; Commu...

Music: Musical Note and New Unit Planner

Image
  JURNAL OF THE DAY!↩ ⌈september, 27⌋ Unit Planner baharu diterangkan oleh Cikgu Noel yang mengajar muzik bagi p.arts. Cikgu juga menekankan kembali subtopik sebelum ini iaitu ukulele. Kemudian cikgu meminta Azim menyanyi lagu gubahan asal lagu "High School in Jakarta" kepada versi yang sesuai dengan sekolah kamI. Walaupun begitu Raessa yang menyanyikan lagu tersebut. Cikgu kemudian meneruskan kelas dengan bercakap tentang perasaan (expression) sambil membuat lawak yang berjaya membuat kelas kami bising akibat gelak tawa yang kuat. Namun begitu, tetap ada isi-isi yang infomatif seperti muzik berasal dari negara Itali. Kelas disusuli dengan penerangan unit planner oleh rakan-rakan pada perspektif mereka sehingga akhir kelas. Kelas diakhiri dengan kerja rumah yang diberi cikgu. IB Learner Profile; Communicators: Guru dan pelajar berkomunikasi. Inquiries: Menanyakan soalan kepada guru apabila tidak faham. Balanced: Membahagikan masa untuk menyelesaikan tugasan baharu. ATL SKILLS...

Theatre: Watak Perwatakan

Image
JURNAL OF THE DAY!♪(^∇^*) ⌈september, 26⌋ Cikgu mengenalkan kami dengan unit planner yang baharu. Iaitu, Sinografi dan Asas Lakonan. Cikgu Elven juga menekankan tentang konsep "relationship" ataupun hubungan. Contohnya, persamaan antara Mak Yung Malaysia dan Thailand  yang boleh dikaitkan dengan Global Context iaitu identities. Kemudian diteruskan dengan tajuk baharu bagi semester ini. Ketika mengajar, cikgu memaparkan video tentang contoh artis, pelakon yang sebati dengan emosi skrip yang dilakukan oleh pelakon daripada Indonesia. Walaupun pelakon itu merupakan diarahkan untuk melakonkan watak yang berbeza, pelakon tersebut masih berjaya menyampaikan wataknya dengan berkualiti. Dengan ini, cikgu mengaitkan video tersebut dengan subtopik kali ini iaitu Watak Perwatakan. IB Learner Profile; Risk-takers: Cuba untuk memberi pendapat tentang topik yang baharu dipelajari. Communicators: Guru dan pelajar berkomunikasi. Knowledgeable: Mendapat ilmu yang baharu tentang performing art...