Posts

Showing posts from July, 2022

Jurnal Week 11: Ukulele the Sound of Hawaii

Image
JURNAL OF THE DAY✨ ⌈week 11, june 27⌋ Hari ini, cikgu muzik kami mengajar tentang sebuah alat muzik yang berasal dari Hawaii iaitu Ukulele. Cikgu pernah mengarahkan kami untuk membeli ukulele tanpa sebarang paksaan bagi dapat menjalankan kelas kali ini secara praktikal dan lebih mudah difahami. Cikgu juga memberikan handouts yang bersesuaian untuk beginner student seperti kami. Selain itu, cikgu menunjukkan tutorial untuk memainkan alat muzik ini berserta dengan cara mendapatkan bunyi ukulele yang lebih merdu dan bagus. rupa ukulele IB Learner Profile yang diterapkan ; Open-minded: Menerokai perkara baharu iaitu memainkan ukulele. Communicators: Guru dan pelajar berkomunikasi. Risk-takers: Cuba untuk menjawab persoalan yang diberikan guru dan cuba memainkan ukulele. ATL Skills ; Thinking skills: Memikirkan asal alat ini dan sebagainya. Communication skills: Komunikasi diantara guru dan pelajar.

Jurnal Week 10: Sumazau Dance and Performance Assessment as Reflect

Image
JURNAL OF THE DAYᓚᘏᗢ ⌈week 10, june 23⌋ Kelas dimulakan dengan regangan badan yang merupakan rutin kami sebelum memulakan latihan Tarian Sumazau. Pada hari ini Cikgu Elven mengajarkan beberapa pergerakan baharu seperti mendepankan sebelah lutut lalu enjut disertai dengan pergerakan naik dan turun tangan seperti mengepakkan sayap seakan burung. Kami mendengar dan menghayati melodi, rentak dan irama lagu yang dibuka oleh cikgu agar berlakunya keseragaman diantara kami sekelas. Di akhir pembelajaran, cikgu mengarahkan kami melantik seorang pereka koreografi dan kami akhirnya memilih Raeesa untuk memegang jawatan yang penting ini. Ini kerana cikgu menyatakan yang kami akan menerima tugasan persembahan Tarian Sumazau sebagai projek kami bagi tahun ini. Sumazau showcase IB Learner Profile yang diterapkan ; Inquirers: Menanyakan soalan apabila tidak memahami sesuatu perkara. Open-minded: Menerima pembelajaran pergerakan tarian baharu. Communicators: Guru dan pelajar berkomunikasi. ATL Skills ...